Monday, December 26, 2011

Cincin

alhamdulillah.

cincin merisik - done
cincin tunang - done

senyum lebar :)

Cincin merisik- 231111 @habib ampang point
- mengikut bakal mak mentua kena beli cincin belah rotan. saya dan mr J pun pergi lah habib ampang point pada 23hb december 2011 . habib ada buat jualan gudang. kami pun mengambil peluang pergi sana. emas 916 diaorang bagi discount rm8/gram. sampai habib dalam pukul 9malam, hari tu habib buka sampai 12malam. hahahahahaha.
sampai kat ruang cincin belah rotan, ramainya orang. saya dan mr j duduk terjegat di hujung penjuru. tak mampu nak redah ke sana. so, nasib kami baik. depan kami ada seorang salesman laki. saya apa lagi, dengan berbudi bahasa cakap kat en salesman tu, " abg, saya nak cincin belah rotan yang simple dan ada emas putih sikit. size 13." lepas tu, salesman tu datang bawak yang size 13. alhamdulillah dipermudahkan. jumpa yang berkenan. 3.19 gram :)
lepas dah bayar, usha plak white gold untuk cincin tunan, tapi malangnya kali ni dapat salesman cam haram jadah. so aku terus hilang mood. cakap dengan mr J esok je lah cari kat tempat lain. padahal dalam hati mengamuk dengan salesman tu. rupanya, bila cerita balik kat mr. j baru tau yg dia pun mengamuk hilang mood masa salesman tu balas pertanyaan saya cam haram jadah. mr. j cakap ikutkan hati nak sound tapi malas nak spoilkan mood hari tu. so kepada salesman habib tu, ngoooooookkkkk aaaa ko niii!!! haishhhhh
* yang pasti tengok muka mr. j masa beli cincin sangat lah keterujaan meyerlah..hehehe. love u mr. J *

Cincin tunang - 251111 @mydiamond mid valley
-pagi-pagi mr. J dengan i redah pergi mid valley. sebabnya hari tu public holiday. takut susah dapat parking. so sampai-sampai mid valley, mr. J keluarkan duit dulu , saya dok tengok directory which store nak redah dulu. sebabkan sebelum ini dah penah pergi my diamond kt sunway piramid dan terbekenan kat cincin tu, so decide dengan mr. j pergi my diamond dulu. bila tunjuk kat mr. j yang berkenan tu, alhamdulillah di permudahkan. size muat. dan design yang dicari ada. cincin batu tanam dan cincin batu 1. hahahaha. combination yang sesuai. alhamdulillah cincin tunang berjaya dibeli. mr. j puas ati dengan pilihan saya. :)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tiada gambar cincin. sudah berjanji dengan mr. j tak boleh amik gambar cincin dan upload dimana2. dan memang tak ada 1 pun picture semasa membeli cincin dan gambar cincin. ( bz pilih cincin mane nak fikir nak snap gambar. hahahahaha)
tapi saya sempat pakai cincin belah rotan dan cincin tunang selama lebih 5jam sebelum di serahkan kepada bakal mak mentua untuk simpanan sampai ke hari pertunangan. heeeee

:)

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews

Followers

2019